Buscar

Alasan makan ditepi longkang

Salam guys and girl,


Entri ni Aleesha fikir nak taip semalam, tapi memandangkan malam tadi banyak citer best dekat TV3, jadi Aleesha pendamkan sahajalah. Biar tunggu masa yang sesuai.

Pagi semalam, Aleesha ada beli Harian Metro, agak terkejut jugalah bila dengar masih ada yang berselera dan nak makan kat gerai-gerai tepi longkang ni. Euwww... bagi Aleesha, kalau sedap macam mana pun, janganlah tepi longkang, tak berbau ke longkang tu nanti?

Aleesha bukanlah remaja yang dibesarkan dengan makan dekat hotel 5-star, tapi rasanya masih mampu lah nak berfikir nak menilai kebersihan sesetengah kedai makan tu. Bila Aleesha tanya dekat rakan-rakan praktikal di office nie, bagi diorang tu perkara biasa.. WOW! Memang terkejut Aleesha dengar!


Bila Aleesha tanya, kenapa pilih makan dekat tepi longkang, bukanker tempat tu macam kotor, berbau dan makanan dia pulak mestilah basah dan berair.. jadi kebersihan takde. Ni jawapan mereka..  memang kreatif.


  1. Makan dekat tepi longkang ni santai
  2. Tak perlu takut kalau-kalau bos keluar office (ini mesti kes menyelinap keluar office lepas punch kad.. kantoi!)
  3. Paling murah dan dekat dengan office
  4. Boleh hutang.. erk? 
Pelik kan jawapan diorang, tapi nak buat macam mana, tulah rencah hidup. So, kupasan jawapan diorang ni adalah seperti berikut.. Ni bukan jawapan Aleesha taw..

Santai: Makan dekat tepi longkang ni boleh dikatakan santai sebab tempat informal, so boleh sembang kuat-kuat nak campak puntung bawah kaki pun boleh..

Bos keluar office: Ada sorang office boy dekat office tempat Aleesha praktikal ni bagitaw, kalau dalam pukul 11.00 pagi tu, ramai keluar, diorang kekadang pergi minum pagi..tapi bukan dekat Restoran Durbar ke, tapi dekat warong tepi longkang.. Sebab apa elak bos perasan..

Paling murah dan dekat dengan office ni memang Aleesha tak nafikan. Time Aleesha tunggu bas RapidKL untuk pergi stesen komuter utk balik Segambut, memang banyak jer gerai depan office nie. Pilih jer.

Yang terakhir ni, diorang kata kalau dah rapat sangat dengan mak cik jaga kedai tu, confirm boleh hutang punya. Naknye yang office dekat. Takkan nak menipu pulak yer.

Jadi u guys and girl yang baca entri nie, apa pendapat korang. Perlu ke tidak kita makan ditepi longkang semata-mata dengan alasan kreatif macam nie?

11 orang bercakap:

Pacifista

kalau longkang tu tak berbau.mungkin boleh kot makan kat tepi longkang asalkan kita tak tengok longkang tu.hehe...

alasan berhutang tu bukan alasan tapi mengambil kesempatan tu namanya... :p

RHI

akak pun macam Aleesha gak, bukan hidup di dalam kemewahan, tapi rasanya akak tak akan makan tempat macam tu, entahlah, buat makin loya adalah

Unknown

tak penah la pulak makan tepi longkang. tertutup selera nanti.

Si Rabun

makan tepi longkang? eii! tak ada selera nak makan. walaupun saya macam Alessha, bukan hidup dalam kemewahan. tapi saya cerewat dalam kebersihan. makan tepi longkang amat meloyakan tekak dengan baunya yang sangat tak berapa harum.

mas saari

salam perkenalan...
kalau longkang bersih takpe, janganlah yang kotor dan berbau!

Nini Mohd

erk~
tak sanggup kot makan tepi longkang.
lebih2 lagi yang berbau tu.
tak tau la pulak kalo ada longkang yang ada pemandangan indah + bau wangi atau tak berbau langsung.

Yumida

myb longkang 2 x berbau..ala2 mkn d tepi sungai..hihi

Anonymous

hahaha, yang penting sungai tu tak berbau dan bersih ,. adakah longkang yang bersih seperti air sungai di KL ni??..urmm kalau ada pun ta banyak kott..

Nur Aleesha

Pacifista:
Sokong cadanga awak, Aleesha pun rasa berhutang tu bukan alasan yang kukuh sangat.

Kak Yatie:
Memang pun, kadang-kadang kawan kata tengah makan ada tikus lalu. Gelinya..

Ieyzajamil:
Elok lah tu. Tak bagus sebenarnya makan kat tepi-tepi longkang. Kebersihan tak de.

Si Rabun:
Hihi.. baunya memang tak harum pun :)

Mas Saari:
Jarang jumpa gerai makan yang bersih longkangnya, bila kat KL ni.

Nini Mohd:
Ha, Aleesha suka komen Nini, dekat KL ni tak wujud pun longkang yang bau wangi

Yumida:
Tapi dekat tempat Aleesha praktikal ni, ada gerai makan tu, longkangnya.. tak sanggup nak cakap. Lipas pun ada :(

Cik Lia Lomi:
Setakat ni, kalau dekat KL rasanya takde pun.

DuluLainSekarangLain

target river view tapi terpegi parit view.. adehhhh...

Denaihati

kalau longkang yg dlm gambar ni, memang hilang selera makan. kalau berbau lagi la.