Buscar

Loading...

2012 sudah

Dah tahun 2012. Nampaknya tahun ni Aleesha kena rajinkan diri menghupdate blog. Nak kata busy, yelah sangat. Haha.

(Blog pun dah bersawang)

2012. Apa yang menarik sangat dengan tahun ni? Ada pasal kalendar Mayan ke?

Apapun, ini entri takde kerja Aleesha di awal tahun ni. Semoga tahun ni lebih cemerlang hendaknya.

P/S: Baru jer berberapa minggu 2012. Dah ada cerita panas pasal Nur Amalina Bakri, student 17A tu. Alamak~



Sudah bersawang pulak.

Assalamualaikum dan good evening to my faithful reader,

Lama rasanya Aleesha tak menghupdate blog ni. Dah naik bersawang pulak. Biasalah, intern ni busy sikit. Macam-macam kerja kena buat, Internet pulak sejak dua menjak ni agak mengecewakan.

Sekarang, Aleesha dan tak pakai Digi lagi. :(

Guna Streamyx. Walaupun tak boleh dibawa kemana-mana, letak dekat rumah Aleesha di Segambut sajer, tapi okey lah kan, at least, connection dia tu kekal laju.

Streamyx ni dah lama kat Malaysia, tapi Aleesha baru jer pakai. Sebab dulu Aleesha duduk di kampus, kalau langgan pun, kolej mawar mana ada lubang telefon kan. Hehe.

So sekarang, InsyaAllah, Aleesha dan boleh guna Internet dengan stabil dan bila kerja yang berlambak-lambak ni siap, yeay! Boleh sambung blogging..

UiTM Final Year Exam Result

Assalamualaikum, just a short entry malam ni.

Tadi online kejap di Facebook Aleesha. Tengok ada banyak status pasal result UITM. Yang Aleesha tertarik adalah salah satu status ni yang membawa Aleesha ke laman web www.uitmstudentexaminationresult.co.cc

Ingatkan UiTM dah tukar alamat. Memula takut jugak nak masukkan Nombor Pelajar, ialah sebab sekarang tengah praktikal. Manalah ada result. Sekali bila Aleesha submit.


Kena prank troll dengan student-student lah ni. Macam-macam sekarang.
Tapi serius, masa login. Nampak macam real student portal UITM.

Apa-apa pun, buat mereka yang nak amik result malam ni, good luck ya.

Aleesha Reward

Assalamulaikum dan selamat petang to my reader,


Actually, Aleesha tertarik dengan cara salah seorang blogger yang Aleesha selalu follow ni, DenaiHati.com. Dia ni rasanya hebat juga kerana mampu nak hadiahkan topup dan bermacam-macam lagi kepada pembaca dia, dan bila Aleesha Google jap pasal DenaiHati nie, nampak macam memang dia dah dikenali ramai.

Salah satu cara dia kekalkan visitornya pada pandangan Aleesha ialah melalui pemberian reward, jadi setelah Aleesha fikir masak-masak, Aleesha teringin juga ada visitor setiap hari macam blog dia, walaupun masih tak mampu beli alamat .com tu.

Maka, lahirlah.. Aleesha Reward..

Aleesha Reward ni sama jer macam DenaiHati reward tu, tapi takdelah semeriah DenaiHati tu sebab blogger DenaiHati tu mampu untuk bayar sebanyak RM 30 bila point dah sampai 5000 sedangkan Aleesha Reward ni, nak dapat RM 30 pun, reader kena tunggu lama. Takpelah, ini percubaan pertama Aleesha untuk follow jejak langkah DenaiHati tu. Manalah taw satu hari nanti blog Aleesha ni orang bukak selalu.

Oh ya, tadi Aleesha ada baca dekat salah satu blogger yang Aleesha follow, Omar.my kalau tak silap, mengatakan yang Punchtab macam DenaiHati dan Aleesha gunakan ni boleh kena hack, alahai. baru letak Punchtab, dah ada news macam nie :(

Ni link kalau anda semua nak baca: http://www.omar.my/2011/11/penipuan-melalui-platform-punchtab/

InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, Aleesha tambah lagi reward tu dan rendahkan point untuk tebus. Terima kasih kawan-kawan :)

Pertama kali guna iMac dan iPad


Assalamualaikum dan morning reader,
iMac yang menjadi pengganti komputer HP yang still guna Windows XP
Bagi yang mengikuti Blog Aleesha ni, dah tentu tau kan yang Aleesha kena pergi kursus di Penang pada 2 hari yang lalu. So, pagi Sabtu, kursus pun dah habis, dalam pukul 2, Aleesha check-in kat Bayan Lepas and flight balik ke KLIA. Pendekkan cerita, pukul 3 petang, elok-elok Aleesha sampai rumah, baju kurung yang Aleesha pakai dari Penang pun tak sempat tukar lagi, Mr. Ahmed (supervisor tempat Aleesha praktikal) call dan suruh datang ke office.

Dalam hati Aleesha fikir gak, dia ni pasang spy ker.. cam tau jer Aleesha dah sampai rumah.. Hehe.

Sampai office nak dekat pukul 4, terus gi partition tempat Aleesha duduk. Wah, komputer baru. iMac!!

Since Aleesha ni tak pernah guna Macintosh, rasa macam pelik jer bila first time nak ubahsuai setting pada Mac tu. Selalunya bila guna Illustrator untuk buat designing, rasa macam senang jer, sekarang bila guna iMac, rasa macam baru masuk darjah satu balik. Hehe.

Masa tengah belek-belek iMac yang baru tu, tetiba Mr. Ahmed datang kat tempat Aleesha lagi, hulur kotak, Aleesha pun cam blur, amik jer la kotak tu and bukak... Wah, something yang best...

Kursus Induksi ICT 2011

Assalamualaikum and morning guys and girl,
Dari KLIA semalam, Aleesha and beberapa staff tempat Aleesha praktikal terbang ke Penang and all of us, Alhamdullilah tiba dengan selamatnya di Cititel Penang dalam pukul 11 pagi. Not yet boleh check-in dalam bilik as normal check-in dalam pukul 2.00 even company yg uruskan, so as usual, Aleesha cari kereta sewa and ajak beberapa orang staff yang ikut sekali untuk merayau satu pulau.

From Georgetown, cari nasi kandar, then to Batu Maung then gi atas bukit dekat Balik Pulau, memang bestlah, tapi sikit penat. Tak tau lah boleh masuk kursus ke tak jap petang ni.

2.00 pm, check in Hotel and pukul 3.30 p.m, all of us kena turun for our course at Cititel Penang.
Setakat ni, tu jer kot update dari Aleesha, inipun sebab hotel ada Wifi. Tak sangka pulak.

Dari environment hotel ni, memang Wah!, seronoknya kalau dapat tidur ni. Sejuk jer.
Dekat tingkap, pemandangan pun menarik.

Update pun guna netbook jer. Kecik. So tak puas :(

That's all for this time, till then, goodbye :)

p.s: Maaf lah kalau entri ni kurang berinformatif, just a quick update about my activity.

Kursus dan modem rosak

Assalamualaikum my faithful reader,

First and foremost, sorry to all my reader lah sebab manalah tau korang asyik melawat blog ni tapi takde entri baru. Actually, moden DiGi Internet yang Aleesha guna tu tetiba rosak and tak boleh nak connect Internet.

Petang selasa hari tu Aleesha cuba buka Internet dekat office, tapi asyik tulis fail jer. Masa tu ingatkan nak update blog tapi company tempat Aleesha praktikal ni dia block semua alamat Blogspot.com, jadi bila Aleesha cuba bukak...

ACCESS DENIED

 So, keluarkan modem Digi ni dari handbag, and cuba connect. tapi cam Aleesha cakap dekat atas tu, dia tulis fail jer. Nak kata bil tak bayar, hampir setiap bulan Aleesha bayar. Dapat jer bil, terus gi Centre. Takpelah, nanti minggu depan maybe Aleesha pergi tengok apa yang patut.

Malam ni pun dapat Internet sebab Sarah (kawan yang temankan Aleesha makan pizza hari tu) datang rumah and tidur kat rumah Aleesha sebab esok dia tetiba rajin nak temankan Aleesha pergi KL Sentral dalam pukul 6.00 pagi sebab Aleesha kena naik ERL to KLIA for my flight to Penang at 8.15 pagi.

Jadi, kesempatan yang ada nie, Aleesha nak bagitaulah sepanjang 2-3 hari ni takkan ada update dekat blog ni as Aleesha pun sibuk dengan kursus di Penang tu. Jangan rindu-rindu pula ya..Hehe.