Buscar

Kreativiti memacu produktiviti

Salam semua, it's me again, Aleesha,


Sekarang ni Aleesha berada dekat tahun akhir untuk BSc. Information Technology, dan tahun akhir ni mestilah macam-macam benda Aleesha kena buat kan, dari final year project yang baru dalam perancangan time practical nie, sampailah ke macam-macam projek lagi rasanya yang akan keluar hujung tahun nanti.

Tadi masa Aleesha merayau-rayau dekat Internet ni, terjumpa satu web blog ni, owner dia tak silap Aleesha, masih budak sekolah lagi. Jauh lagi nak sampai tahap yang Aleesha dah belajar sekarang ni. Tapi Aleesha terkejut kerana sistem yang dia buat tu jauh lebih baik even more better than sistem yang Aleesha buat masa graduate Diploma di ITM dulu.

Seriously, masa check hasil kerja budak tu, Aleesha terfikir, adakah programming sekarang makin senang sampai budak-budak pun boleh cipta software canggih manggih.. atau sekadar CMS, tapi bila Aleesha cuba cari CMS yang serupa dengan budak tu guna, macam takde pulak..

Isy, tak perlu belajar tinggi pun nak jadi kaya sekarang ni.


Tengok sahajalah Facebook yang kawan-kawan Aleesha buka tiap hari di cafe, even founder dia dropout dari Harvard, tapi hari ni lebih kaya dari orang yang graduate PhD. dari Oxford.

Bagi Aleesha, apa yang penting dalam hidup sekarang ni, kreativiti dan semangat budak tu, kalau ada idea yang menarik, segalanya mungkin ye tak?

1 orang bercakap:

bumilangkawi

budak tu buat cms sendri ker?..dhsyt2