Buscar

Aleesha Reward

Assalamulaikum dan selamat petang to my reader,


Actually, Aleesha tertarik dengan cara salah seorang blogger yang Aleesha selalu follow ni, DenaiHati.com. Dia ni rasanya hebat juga kerana mampu nak hadiahkan topup dan bermacam-macam lagi kepada pembaca dia, dan bila Aleesha Google jap pasal DenaiHati nie, nampak macam memang dia dah dikenali ramai.

Salah satu cara dia kekalkan visitornya pada pandangan Aleesha ialah melalui pemberian reward, jadi setelah Aleesha fikir masak-masak, Aleesha teringin juga ada visitor setiap hari macam blog dia, walaupun masih tak mampu beli alamat .com tu.

Maka, lahirlah.. Aleesha Reward..

Aleesha Reward ni sama jer macam DenaiHati reward tu, tapi takdelah semeriah DenaiHati tu sebab blogger DenaiHati tu mampu untuk bayar sebanyak RM 30 bila point dah sampai 5000 sedangkan Aleesha Reward ni, nak dapat RM 30 pun, reader kena tunggu lama. Takpelah, ini percubaan pertama Aleesha untuk follow jejak langkah DenaiHati tu. Manalah taw satu hari nanti blog Aleesha ni orang bukak selalu.

Oh ya, tadi Aleesha ada baca dekat salah satu blogger yang Aleesha follow, Omar.my kalau tak silap, mengatakan yang Punchtab macam DenaiHati dan Aleesha gunakan ni boleh kena hack, alahai. baru letak Punchtab, dah ada news macam nie :(

Ni link kalau anda semua nak baca: http://www.omar.my/2011/11/penipuan-melalui-platform-punchtab/

InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, Aleesha tambah lagi reward tu dan rendahkan point untuk tebus. Terima kasih kawan-kawan :)

3 orang bercakap:

Acik

wah .. bagus dan berani! semoga berjaya! :)

Denaihati

Alhamdulillah. yg baik apa salahnye diikut.

bumilangkawi

kene rajin dtg ni..sbb nk dpt rewards..heheh