Buscar

Ultimate Cheesy 7 dari Pizza Hut

Assalamualaikum kawan-kawan, it's Aleesha again,


Tadi masa online, Aleesha dapat satu surat cinta dari Pizza Hut, (honestly, tu mailing list jer),yang mengatakan mereka memperkenalkan piza baru iaitu Ultimate Cheesy 7 dari Pizza Hut. Macam sedap jer, mulanya rasa malas Aleesha nak pergi, ialah semalam dah lah teman kawan Aleesha pergi printing banner dekat Batu Caves, hari ini nak duduk rumah sahajalah. Tapi makin lama Aleesha tenung gambar kat website dia tu, makin tak tahan pula, akhirnya pergi jer la Pizza Hut yang paling dekat.

Tapi sebab pergi pun sorang, rasa macam tak seronok jer. Jadi Aleesha singgah jap rumah Sarah, kawan  Aleesha masa study art and design di UiTM dulu, lepas tu terus pergi Midvalley cari piza nie. Jauhnya kan, dari rumah Aleesha dekat Segambut, lepas tu Bangsar, now Midvalley pulak.Sampai Midvalley, tak singgah nak manapun, pergi cari Piza Hut jer.


Bila sampai sana, kakak tu ambil order, dah tak fikir lah dah, terus cakap piza yang baru keluar, tu, orang pulak masa tu ramai, jadi Aleesha dengan Sarah tunggu jer la. Perut dah berkeroncong sakan dah ni..

Akhirnya, jeng..jeng...jeng... (wa, siap ada sound efek laa..)

Hidangan yang ditunggu-tunggu pun tiba. Memang harum jer bau Piza. Memandangkan Sarah ni kurang suka pada keju, jadi kami order saiz biasa jer, takde lah sampai large pun. Mulakan dengan Bismillah...lepas tu..ngapp.. :)

Actually, piza dia tu boleh dikatakan menarik. First impression Aleesha pada piza nie, ingatkan ada gelembung udara atau bebola ikan tu, tapi rupanya, krim keju. Patut lah sedap :)

Untuk pengetahuan, ada tujuh jenis keju yang digabungkan bersama dalam piza tu macam Montery Jack, Romano, Parmessan, Mozarella, Cheddar, dan Provolene. Aleesha pun kurang ilmu sebenarnya dalam bidang kulinari ni, jadi tak tau lah apa beza cheese ni, kawan-kawan bolehlah surf website ni untuk tau ye..

Oh ya, Harga yang Aleesha dengan Sarah makan ni takdelah mahal mana pun, boleh dikatakan sekitar RM 32, sekali-sekala makan mahal ni apa salahnya kan kawan-kawan?

p/s: Maaf gambar takde. Phone Aleesha VGA camera saje.

8 orang bercakap:

bumilangkawi

oowh..nnt leh blanje sy lak..hehe

Omar

Dah order n try.

Not bad la..

RHI

akak tak makanlah pizza..

Anonymous

http://wanwidget.com
nak try lah

Marina

suker pizza tapi tak suker cheese yg byk...cepat muak...hehe.. salam perkenalan..ahkak marina bacer sini... www.marinafazli.blogspot.com

Nizam Ijam

mcm mata org jer..hehe

nizamghazi

Sy juga suka pizaa!! :)
Tambah2 klu ada keju yang mengeyangkan. Rasa macam nk order pizza lah sekarang.

Aish.. terlur dah ni. Nak try pizza yg baru ni.

bukit gambang

lamanya tak makan pizza.